Sunday, 29 January 2012 0 comments

IKAN TERUBOK STIM

        Assalamualaikum... Resepi ni sebenar nyer da lama dah saya buat tapi lom update dalam Blog ni.. Hari ni baru la dapat update blog. Resepi ni simple jer, potong-potong, hiris-hiris da siap. Ikan Terubok Stim ni selalu nyer boleh dapat dekat restaurant atau hotel-hotel. Tak kisah la guna ikan apa-apa. Semua dapat masuk. Tapi saya lebih suka Ikan Terubok. Kalau kat KL tu memang susah sikit la nak dapat. Janji ada ikan. Cara nak buat lihat kat bawah.

 Bahan-bahannya:-

  • Satu ekor Ikan Terubok Masin (Yang dah dibelah tengah)
  • Sayur jeruk( Alah sayur lobak jeruk yang cina selalu buat tu, selalu nyer ada jual dalam packet plastik)
  • Halia (Di hiris memanjang, macam bentuk batang mancis)
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Minyak bijan (kalau nk letak boleh,taknak letak pun boleh)
Cara-caranya:-
  1. Letakkan ikan terubok tadi kedalam piring besi, masukkan sayur jeruk dahulu, diikuti halia, cili padi dan asam keping.
  2. Kepada yang suka bau minyak bijan, titikkan beberapa titik minyak bijan keatas ikan tersebut. Yang mana tak suka tu, tidak payah la letak. Minyak bijan ni cuma nak bagi bau yang harum jer.
  3. Panaskan air kedalam kuali yang besar hingga mendidih, kecik kan api tersebut.
  4. Stim kan ikan tersebut, nak tau ikan tu da masak ker belom. Kalau mata ikan tu sudah terkeluar, makna nyer ikan tu da siap untuk dihidang.
"SELAMAT MENCUBA"
Thursday, 22 December 2011 0 comments

Fried Chicken Wing with Salted Egg Yolk and Milk

Yang ini pula resepi masakan china, Fried Chicken Wing with Salted Egg Yolk and Milk ( Sayap Ayam Goreng dengan Kuning Telur Masin dan Susu ).

Bahan-Bahan:-
  • 6 ketul sayap ayam
  • 2 kuning telur masin (stim dan dicincang)
  • 8 biji cili padi (dipenyek)
  • 1 batang daun kari (daun sahaja)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu sejat (evaporated milk)

Bahan untuk perap
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar sesame oil
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar tepung tapioca
Bahan untuk perasa
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
Cara-cara untuk masak
  1. Bersihkan dan perapkan dengan menggunakan bahan perap tadi. Perapkan selama 10minit. Kemudian goreng kepak ayam tadi hingga berwarna perang atau coklat. Simpan ketepi
  2. Cairkan mentege didalam kuali yang panas, masukkan cili dan daun kari. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan telur kuning , susu sejat dan perasa. Gaul2 kan.
  3. Yang terakhir, masukkan kepak ayam tadi. Gaul serta merta menggunakan api kuat hingga kesemua bahan tadi telah sebati. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA

0 comments

Apa Ada Pada Ayam Penyek?

Kalau dekat bahagian Indonesia memang banyak Ayam Penyek ni. Ada juga Ayam Penyek yang bukan menggunakan ayam sebenar tapi menggunakan Tikus Padi. Saiz agak besar, lebih kurang besar ayam betina. Tapi kalau rasa Allah sahaja yang tau. Tapi malam ni taknak la cakap pasal benda kotor ni. Hari ni saya nak kongsi Resepi Masak Ayam Penyek dan Sambal


Bahan-Bahan untuk ayam
  • 1 ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong sederhana besar
  • 1/2 Sudu besar jintan manis
  • 3 Sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 Sudu besar lada putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • 1cm Lengkuar
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa
  • Air asam jawa, kalau suka masam,masin dan manis (optional) 
Cara- cara untuk Stim dan menggoreng ayam

A) Stim Ayam
  1. Perapkan kesemua bahan diatas 
  2. Saya tidak suka rebus ayam,sbb takut isi ayam hancur. Jadi saya gunakan stimmer yang ada lobang2 dan air kat bawah. 
  3. Bila da perap semua bahan-bahan. Lapikkan stimmer dengan kain lampin(yang bersih tau) @ dengan daun pisang. 
  4. Stim selama 30-40 minit, supaya semua ramuan meresap pada ayam tersebut. Lepas sudah  masak, asing satu tempat.
B) Cara menggoreng ayam
  1. Panaskan minyak, masukkan ayam berserta ramuan yang telah diperap tadi.
  2. Goreng hingga ranggup atau sederhana ranggup( untuk mengekalkan ayam sentiasa basah).
  3. Toskan ayam hingga kering.


Bahan- bahan untuk sambal
  • 10 biji cili merah dan cili hijau- dibelah dua
  • 10 biji bawang merah- dibelah dua
  • 5 biji bawang putih- dibelah dua
  • 1 Genggam ikan bilis
  • 5 biji Buah Tomato- potong empat
  • 5cm Belacan- Nak lagi harum, bakar atas dapur(jgn sampai hangus, sekadar bau shj)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara- cara buat sambal 
  1. Goreng ikan bilis hingga rangup dan toskan.
  2. Tumiskan bahan- bahan seperti bawang, cili dan tomato hingga layu. Toskan dan letak ketepi.
  3. Masukkan kesemua bahan- bahan yang telah digoreng dan yang telah ditumis kedalam lesung batu.(kalau nk halus lagi masukkan dalam blander.
  4. Sambal yang kasar- Tumbuk ikan bilis dan bahan2 lain hingga hancur, berserta belacan. Masukkan sedikit minyak menggoreng tadi.
  5. Sambal yang halus(kisar)- Kisarkan ikan bilis dan belacan terlebuh dahulu hingga hancur, kemudia barulah masukkn bahan2 lain. Masukkan sedikit minyak menggoreng tadi
  6. Kalau tidak cukup masin, tambahkan garam. Kalau terlebih pedas tambahkan gula.
Bahan-bahan untuk nasi
  • 3 cawan Beras yang telah dibersihkan
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 hiris halia
Cara untuk memasak nasi
  1. Saya suka simple jer, masukkan daun limau purut dan hirisan halia kedalm periuk nasi elektrik.
  2. Masak seperti biasa.
Cara untuk menghidang
  1. Nasi yang telah dimasak dimasukkan dalam mangkuk kecil dan telangkupkan atas pinggan.
  2. Tauhu keping dan tempey yang telah diperap dengan lada dan garam. Goreng hingga kekuningan dan rangup. Hiaskan ditepi nasi. Berserta dengan ulam.
  3. Letakkan 2-3 sudu besar sambal tadi dan letakkan ayam yang telah digoreng keatas sambal, taburkan kerak atau keruping ayam(jintan putih dan biji ketumbar) di atas ayam tadi.
  4. Satu mangkuk sup untuk pembuka selera.
  5. Siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA
Wednesday, 21 December 2011 0 comments

Gambar time belajar and gambar lama

Korek punya korek dalam laptop terjumpa la gambar lama- lama dulu masa belajar culinary art dekat Satt Collage. Gambar dekat bawah time balajar dulu...Kena kemas,n pakaian kena lengkang. Baju jacket, seluar corak macam papan Dam, topi chef dan kasut contructor.


Ni pulak gambar koleksi atuk saya time dia berkhidmat untuk Sultan dan gambar Bagunan Sultan Abdul Samad.
Bagunan Sultan Abdul Samad. Berbeza dulu dan sekarang.






0 comments

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah ni memeng kegemaran saya. Banyak style saya dengar, ada juga orang campur peanut butter, ada juga orang suka kacang tumbuk. Entah la, tapi saya suka tradisional punya resepi.

Bahan- bahan untuk menggoreng ayam:-
  • 1 ekor ayam yang dipotang sederhana
  • Sedikit serbuk kunyit
Bahan- bahan untuk memasak:-
  • Minyak masak
  • 8 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 biji cili kering
  • 2 biji tomato yang dipotong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan- bahan hias:-
  • 1/2 biji bawang besar
  • Kacang hijau secukupnya
Cara- cara untuk memasak:-

  1. Panaskan minyak masak, goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit separuh masak dan asingkan ketepi
  2. Buang setengah minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis, tumiskan bahan- bahan kisar kecuali sos dan tomato hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Bila sudah sebati, masukkan sos dan tomato. Sekali sekala hendakla gaul balikkan supaya tidak hangus.
  4. Masak hingga pekat. Bila kuat sudah pekat barula masukkan bahan hias. Siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA
2 comments

Resepi Dalca Ayam

Hari saya masak Dalca Ayam.. Kalau dekat Sarawak ni Dalca dioang lain sedikit, pekat sikit. Tapi klu sebelah Semenanjung pulak Dalca dioang berkuah. Dalca yang saya buat ni pekat sikit. Bahan- bahan pun tak banyak,simple jer...


Bahan- bahan yang di perlukan:-

  • 1 ekor ayam yang dipotong kecik (klu nk pakai dada ayam pun boleh)
  • 1 1/2 cawan kacang dal (cuci dan toskan, mana la tau kat kedai tu ada taik cicak jatuh ker)
  • 1 pain air
  • 2 batang carrot yang di potong panjang
  • 2 biji ubi kentang yang di potong kecik
  • 2 biji terung yang belah dua dan dipotong kecik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan yang dikisar
  • 10 ulas Bawang merah (mak saya cakap guna bawang besar ni cepat basi makanan)
  • 6 ulas Bawang putih
  • 2 inci Halia
  • Cili kering (kalau suka pedas boleh letak, sbb rempah kari ayam pun da pedas.)
Cara-cara memasak:-
  • Rebus kacang dal hingga lembut, simpan ketepi
  • Tumiskan bahan-bahan kisar kedalam kuali atau peruk hingga naik bau..
  • Masukkan ayam, gaul hingga ayam separuh masak dan masukkan kacang dal yang telah direbus.
  • Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.
  • Kalau nak berkuah masukkan 1 pain air. Dan kalau nk pekat masukkan setengah cawan air.
  • Biarkan hingga ayam masak, bila ayam sudah masak. Masukkan ubi kentang, terung, dan carrot kedalam kuah dal.
  • Berikan garam dan gula secukup rasa. Dan siap untuk dihidang dengan roti canai dan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, 20 December 2011 0 comments

Hanafiah Live Story

Ini ialah gambar kedua ibu dan bapa saya. Bapa saya telah meniggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa hendak pergi kerja.

Ibu saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kerja dia dekat rumah buat craftangan seperti kerusi rotan, meja rotan, dan juga menggajar budak baca Al-Quran.
Ni pula gambar adik beradik saya. Yang pakai baju polkadot tu, kakak sulung saya, Marlina. Yang tengah gigit kuku tu kakak saya nombor dua, Emalyakin. Yang duduk hujung sekali tu abang kesayangan saya, Mohd Akhbar. Dan yang terakhir, tengah baring dengan nampak pampers tu. Tu la saya. =D.


Saya dilahirkan pada 02 March 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Lahir jer saya kedunia ini, bapa saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Raja Uda, Klang. Saya dibesarkan oleh makcik saya yaitu kakak kepada bapa saya. Di sebabkan ibu saya tidak berkemampuan untuk menjaga saya, lalu dia menyerahkan saya kepada makcik saya untuk dibela sebagai anak sendiri.

 
;