Thursday, 22 December 2011

Apa Ada Pada Ayam Penyek?

Kalau dekat bahagian Indonesia memang banyak Ayam Penyek ni. Ada juga Ayam Penyek yang bukan menggunakan ayam sebenar tapi menggunakan Tikus Padi. Saiz agak besar, lebih kurang besar ayam betina. Tapi kalau rasa Allah sahaja yang tau. Tapi malam ni taknak la cakap pasal benda kotor ni. Hari ni saya nak kongsi Resepi Masak Ayam Penyek dan Sambal


Bahan-Bahan untuk ayam
  • 1 ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong sederhana besar
  • 1/2 Sudu besar jintan manis
  • 3 Sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 Sudu besar lada putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • 1cm Lengkuar
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa
  • Air asam jawa, kalau suka masam,masin dan manis (optional) 
Cara- cara untuk Stim dan menggoreng ayam

A) Stim Ayam
  1. Perapkan kesemua bahan diatas 
  2. Saya tidak suka rebus ayam,sbb takut isi ayam hancur. Jadi saya gunakan stimmer yang ada lobang2 dan air kat bawah. 
  3. Bila da perap semua bahan-bahan. Lapikkan stimmer dengan kain lampin(yang bersih tau) @ dengan daun pisang. 
  4. Stim selama 30-40 minit, supaya semua ramuan meresap pada ayam tersebut. Lepas sudah  masak, asing satu tempat.
B) Cara menggoreng ayam
  1. Panaskan minyak, masukkan ayam berserta ramuan yang telah diperap tadi.
  2. Goreng hingga ranggup atau sederhana ranggup( untuk mengekalkan ayam sentiasa basah).
  3. Toskan ayam hingga kering.


Bahan- bahan untuk sambal
  • 10 biji cili merah dan cili hijau- dibelah dua
  • 10 biji bawang merah- dibelah dua
  • 5 biji bawang putih- dibelah dua
  • 1 Genggam ikan bilis
  • 5 biji Buah Tomato- potong empat
  • 5cm Belacan- Nak lagi harum, bakar atas dapur(jgn sampai hangus, sekadar bau shj)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara- cara buat sambal 
  1. Goreng ikan bilis hingga rangup dan toskan.
  2. Tumiskan bahan- bahan seperti bawang, cili dan tomato hingga layu. Toskan dan letak ketepi.
  3. Masukkan kesemua bahan- bahan yang telah digoreng dan yang telah ditumis kedalam lesung batu.(kalau nk halus lagi masukkan dalam blander.
  4. Sambal yang kasar- Tumbuk ikan bilis dan bahan2 lain hingga hancur, berserta belacan. Masukkan sedikit minyak menggoreng tadi.
  5. Sambal yang halus(kisar)- Kisarkan ikan bilis dan belacan terlebuh dahulu hingga hancur, kemudia barulah masukkn bahan2 lain. Masukkan sedikit minyak menggoreng tadi
  6. Kalau tidak cukup masin, tambahkan garam. Kalau terlebih pedas tambahkan gula.
Bahan-bahan untuk nasi
  • 3 cawan Beras yang telah dibersihkan
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 hiris halia
Cara untuk memasak nasi
  1. Saya suka simple jer, masukkan daun limau purut dan hirisan halia kedalm periuk nasi elektrik.
  2. Masak seperti biasa.
Cara untuk menghidang
  1. Nasi yang telah dimasak dimasukkan dalam mangkuk kecil dan telangkupkan atas pinggan.
  2. Tauhu keping dan tempey yang telah diperap dengan lada dan garam. Goreng hingga kekuningan dan rangup. Hiaskan ditepi nasi. Berserta dengan ulam.
  3. Letakkan 2-3 sudu besar sambal tadi dan letakkan ayam yang telah digoreng keatas sambal, taburkan kerak atau keruping ayam(jintan putih dan biji ketumbar) di atas ayam tadi.
  4. Satu mangkuk sup untuk pembuka selera.
  5. Siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

 
;