Thursday, 22 December 2011

Fried Chicken Wing with Salted Egg Yolk and Milk

Yang ini pula resepi masakan china, Fried Chicken Wing with Salted Egg Yolk and Milk ( Sayap Ayam Goreng dengan Kuning Telur Masin dan Susu ).

Bahan-Bahan:-
  • 6 ketul sayap ayam
  • 2 kuning telur masin (stim dan dicincang)
  • 8 biji cili padi (dipenyek)
  • 1 batang daun kari (daun sahaja)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu sejat (evaporated milk)

Bahan untuk perap
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar sesame oil
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar tepung tapioca
Bahan untuk perasa
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
Cara-cara untuk masak
  1. Bersihkan dan perapkan dengan menggunakan bahan perap tadi. Perapkan selama 10minit. Kemudian goreng kepak ayam tadi hingga berwarna perang atau coklat. Simpan ketepi
  2. Cairkan mentege didalam kuali yang panas, masukkan cili dan daun kari. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan telur kuning , susu sejat dan perasa. Gaul2 kan.
  3. Yang terakhir, masukkan kepak ayam tadi. Gaul serta merta menggunakan api kuat hingga kesemua bahan tadi telah sebati. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

 
;