Wednesday, 21 December 2011

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah ni memeng kegemaran saya. Banyak style saya dengar, ada juga orang campur peanut butter, ada juga orang suka kacang tumbuk. Entah la, tapi saya suka tradisional punya resepi.

Bahan- bahan untuk menggoreng ayam:-
  • 1 ekor ayam yang dipotang sederhana
  • Sedikit serbuk kunyit
Bahan- bahan untuk memasak:-
  • Minyak masak
  • 8 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 biji cili kering
  • 2 biji tomato yang dipotong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan- bahan hias:-
  • 1/2 biji bawang besar
  • Kacang hijau secukupnya
Cara- cara untuk memasak:-

  1. Panaskan minyak masak, goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit separuh masak dan asingkan ketepi
  2. Buang setengah minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis, tumiskan bahan- bahan kisar kecuali sos dan tomato hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Bila sudah sebati, masukkan sos dan tomato. Sekali sekala hendakla gaul balikkan supaya tidak hangus.
  4. Masak hingga pekat. Bila kuat sudah pekat barula masukkan bahan hias. Siap untuk dihidang
SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

 
;