Wednesday, 21 December 2011

Resepi Dalca Ayam

Hari saya masak Dalca Ayam.. Kalau dekat Sarawak ni Dalca dioang lain sedikit, pekat sikit. Tapi klu sebelah Semenanjung pulak Dalca dioang berkuah. Dalca yang saya buat ni pekat sikit. Bahan- bahan pun tak banyak,simple jer...


Bahan- bahan yang di perlukan:-

  • 1 ekor ayam yang dipotong kecik (klu nk pakai dada ayam pun boleh)
  • 1 1/2 cawan kacang dal (cuci dan toskan, mana la tau kat kedai tu ada taik cicak jatuh ker)
  • 1 pain air
  • 2 batang carrot yang di potong panjang
  • 2 biji ubi kentang yang di potong kecik
  • 2 biji terung yang belah dua dan dipotong kecik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan yang dikisar
  • 10 ulas Bawang merah (mak saya cakap guna bawang besar ni cepat basi makanan)
  • 6 ulas Bawang putih
  • 2 inci Halia
  • Cili kering (kalau suka pedas boleh letak, sbb rempah kari ayam pun da pedas.)
Cara-cara memasak:-
  • Rebus kacang dal hingga lembut, simpan ketepi
  • Tumiskan bahan-bahan kisar kedalam kuali atau peruk hingga naik bau..
  • Masukkan ayam, gaul hingga ayam separuh masak dan masukkan kacang dal yang telah direbus.
  • Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.
  • Kalau nak berkuah masukkan 1 pain air. Dan kalau nk pekat masukkan setengah cawan air.
  • Biarkan hingga ayam masak, bila ayam sudah masak. Masukkan ubi kentang, terung, dan carrot kedalam kuah dal.
  • Berikan garam dan gula secukup rasa. Dan siap untuk dihidang dengan roti canai dan nasi panas.
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Pak Udak Dilah said...

Nampak sedap...Pak Udak nak cuba nanti...

Hanafiah^._.^ Zainal said...

Terima Kasih...Cuba la, gerenti kosong periuk kat umah tu..=)

Post a Comment

 
;