Sunday, 29 January 2012 0 comments

IKAN TERUBOK STIM

        Assalamualaikum... Resepi ni sebenar nyer da lama dah saya buat tapi lom update dalam Blog ni.. Hari ni baru la dapat update blog. Resepi ni simple jer, potong-potong, hiris-hiris da siap. Ikan Terubok Stim ni selalu nyer boleh dapat dekat restaurant atau hotel-hotel. Tak kisah la guna ikan apa-apa. Semua dapat masuk. Tapi saya lebih suka Ikan Terubok. Kalau kat KL tu memang susah sikit la nak dapat. Janji ada ikan. Cara nak buat lihat kat bawah.

 Bahan-bahannya:-

  • Satu ekor Ikan Terubok Masin (Yang dah dibelah tengah)
  • Sayur jeruk( Alah sayur lobak jeruk yang cina selalu buat tu, selalu nyer ada jual dalam packet plastik)
  • Halia (Di hiris memanjang, macam bentuk batang mancis)
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Minyak bijan (kalau nk letak boleh,taknak letak pun boleh)
Cara-caranya:-
  1. Letakkan ikan terubok tadi kedalam piring besi, masukkan sayur jeruk dahulu, diikuti halia, cili padi dan asam keping.
  2. Kepada yang suka bau minyak bijan, titikkan beberapa titik minyak bijan keatas ikan tersebut. Yang mana tak suka tu, tidak payah la letak. Minyak bijan ni cuma nak bagi bau yang harum jer.
  3. Panaskan air kedalam kuali yang besar hingga mendidih, kecik kan api tersebut.
  4. Stim kan ikan tersebut, nak tau ikan tu da masak ker belom. Kalau mata ikan tu sudah terkeluar, makna nyer ikan tu da siap untuk dihidang.
"SELAMAT MENCUBA"
 
;